KETIKA DAN KALIMAT

 Assalamuaikum semua yang membaca💓Alhamdulillah saya dah nak habis sem 4.Horaaa Horeyy👋Tugasan kalini "Ketika dan Kalimat".


Sebenarnya sedikit sedih sebab sem depan tak belajar dah kursus Multimedia. Kursus ni sebenarnya yang merapatkan hubungan kami. Kalau tidak semua rasa kekok je..Al maklum la tak pernah jumpa. Kalau terserempak pun hanya senyum je...Kursus ni sebenarnya mengajar kakak lebih berani dan yakin dengan diri sendiri. Kalau tidak kakak ni selalu malu untuk berlakon.. Satu lagi kalau tengok video kami menari rasa nak tergelak terguling-guling😂 sebab Ya Allah dengan keras ketung nye pastu macam kayu hahhahah....Tapi best pengalaman tu...


Kursus ni jugak melatih diri saya supaya dapat mengambil gambar dengan cara yang betul..Lepas je belajar terus Excited 😍 nak ambil gambar orang hahahahah...Pastu kalau cite pasal ahli kumpulan pula kami 11 ahli..Memang laa setiap orang mempunyai pendapat masing-masing tapi kalau bab buat kerja semua turunkan ego dan senang je nak dapatkan persetujuan...Tipulah kalau semua okey je takde masalah ada tapi masalah tu tak sampai bergaduh pun..

Paling best buat video setempat keluar bandar hahhahah...sambil menyelam minum air la jawabnya😂😂Jalan-jalan tengok pemandangan yang paling penting makan tempat-tempat yang viral..Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan laa..Nak tahu kalimat apa yang prof. bagi. Prof selalu cakap kalau dapat je kerja terus buat jangan merungut😄Kalau tak merungut kerja menjadi lebih mudah. Insya Allah kata-kata tu sentiasa saya ingat sampai bila-bila.


Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Prof. Dr. Normaliza bt Abd Rahim, ahli kumpulan Atma Perwira dan rakan-rakan sekelas..Semoga kita semua memperoleh A dalam kursus Multimedia dalam Bahasa..Aamiin💓 


BUKTI KEHADIRAN


(1 JULAI 2022)

No comments:

Post a Comment

BBM3410

 MINGGU 2 Elemen Asas Grafik Infografik: Instagram Mesra Pengguna Akaun Instagram MINGGU 3 Asas Fotografi :  Long Shot Asas Fotografi :  Med...