Assalamualaikum dan salam perkenalan. Sebelum itu miera ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ke blog yang miera kelola ini. Nama diberi ialah Noramiera Athirah Binti Mohd Zhazi. Panjang tak? Kalian boleh panggil miera je. Pada tahun 2022 ini alhamdulillah miera dah berumur 22 tahun. Muda lagi kan? Miera dilahirkan di Klinik Maran pada tarikh 12 Februari 2000 dan merupakan anak pertama daripada lima adik-beradik. Miera berasa amat bertuah kerana dilahirkan sebagai anak sulung dan akan berusaha untuk membantu keluarga apabila dah berjaya kelak aamiin.
Miera dilahirkan dalam kalangan keluarga yang sederhana dan tinggal di kampung. Alhamdulillah walaupun keluarga tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kami sangat bahagia. Miera berharap kasih sayang di antara kami kekal ke syurga. Panjang mukadimah hehehe. Nama abah miera Mohd Zhazi Bin Ab Razak dan ma miera Zainab Binti Muhamad. Miera tinggal di Kampung Ulu Luit, Maran. Pernah dengar tak tempat ni? Selalunya kampung miera tak femes dan jarang orang tahu. Miera cerita serba sedikit keistimewaan kampung tercinta miera ni. Kampung miera amat istimewa dan unik. Kampung miera ada lombong emas tau. Kalau nak cari duit banyak marilah mengayak emas.
Gambar semasa mendapat anugerah STPM 2020
No comments:
Post a Comment